Dah lama berkahwin tapi belum ada zuriat?
Berikut lima faktor kenapa wanita tidak subur:
1. Ovulasi
Mengungguli senarai faktor kenapa wanita tidak subur adalah
tiadanya ovulasi atau kekurangan ovulasi. Dalam erti yang mudah – pengeluaran
telur daripada ovari adalah rendah atau tiada langsung. Penyebab biasa masalah
ini ialah, PCOS atau penyakit polisistik ovari.
2. Berat badan
Wanita yang terlalu berat atau terlalu kurus juga
dikenalpasti sebagai faktor sukar hamil. Jadi langkah terbaik adalah dengan
mendapatkan berat badan unggul.
3. Usia
Umur sekitar 35 tahun ke atas adalah masa yang dianggap
sebagai berkurangnya kesuburan wanita secara alamai. Hamil selepas 45 tahun
adalah amat jarang berlaku walaupun tidaklah mustahil.
4 . Masalah Di Tiub Fallopia
Ketidakbolehan tiub falopia membawa telur ke ke uterus
daripada ovari juga menjadi punca. Mungkin sisebabkan tisu berparut atau
jangkitan terdahulu atau endometrisis.
5. Masalah- Masalah Lain
Ini termasuklah pertumbuhan fibroid, tumor, masalah serviks
dan bentuk uterine tidak tetap. Walaubagaimanapun, masalah-masalah ini agak
jarang terjadi kepada wanita normal.
Kepada pembaca wanita, jangalah berputus asa. Usaha dahulu
sebelum menyerah pada takdir. Jika masalah ovulasi, perubatan kita pada masa
kini sudah mempunyai penyelesainnya. Jangan bimbang.
Jangan dilupakan kuasa DOA! Banyakkan bersabar dan berdoa
supaya dipermudahkan usaha. Kadangkala Allah saja melambat-lambatkan memberi
zuriat kepada kita kerana diri kita sendiri.
1. Berdoalah kepada Tuhan agar anda dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah sebelum memulakan persetubuhan.
2. Mandi dan solat terlebih dahulu sebelum melakukan persetubuhan.
3. Rancanglah masa terbaik untuk melakukan persetubuhan. Sebaik-baiknya dilakukan pada ketika waktu subur isteri.
4. Lakukan persetubuhan sebanyak 3 hingga 4 kali seminggu.
5. Bagi pihak isteri, banyakkanlah memakan taugeh, daging dan ikan laut.
Doa Untuk Mendapat Cahayamata
”Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku bersendirian (tanpa meninggalkan zuriat) dan Engkau adalah waris yang paling baik”
(Surah Al-Anbiyaa’, Ayat 89).
Penjelasan: Doa tersebut adalah doa Nabi Zakaria a.s yang
amat ingin memiliki anak. Lalu Allah memperkenankan doa Nabi Zakaria dengan
lahirnya seorang anak, Nabi Yahya as.
Apa yang paling penting, jangan berasa malu atau segan
mengakui kelemahan diri. Atasi perasaan seperti itu dan beranikan diri untuk
berjumpa dengan pakar perubatan. Perbincangan dengan suami dalam hal ini amat
dituntut dan di sinilah letaknya persefahaman yang dijanjikan sewaktu bercinta
dahulu.
Begitulah serba ringkas cara atau usaha yang boleh dilakukan
oleh pasangan yang inginkan anak. Mudah-mudahan, doa dan usaha yang berterusan
diperkenankan oleh-Nya.
Diharapkan anda mendapat sedikit manfaat.
credit : Idea Kahwin
#for my friend yg sedang tggu due date tu, Eli doakan Semoga selamat bersalin dan semoga di permudahkan oleh NYA~ Amin~ snap pic baby k dear.. :)
|Eli|
