Firstly Eli nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA to all muslim. Today Eli kerja, di kesempatan bos bos besar Eli tak ada di office akibat ramai guest yang menginap di hotel, al maklumlah hotel baru kan, salah seorang Executive di office pon buat la hal sendiri.. Eli la tuh! hahaha.. =) Ape ni? merepek da... hummmm.. berbalik pada tajuk hari ni, persediaan Eli sebelum berkahwin versus Acid Folic.. apa itu Acid Folic dengan hal nak kawin-kawin ni??? Ni Eli nak share melalui saluran GOOGLE, semalam member kt office de cerita pasal pregnant...dia bagi la Eli sikit petua, kalau nak cepat preggy, makan la Acid Folic... errkkkkk?? Acid Folic tu bukan untuk ibu-ibu mengandung je ker? pastu member cakap lagi elok kalau makan awal2 before kahwin... kene ambil 3bulan sebelum kahwin @ pregnant coz ia baik untuk kesuburan dan memberi faedah pada bayi dalam rahim.. Acid Folic bukan ubat ajaib untuk kesuburan, tapi ubat inisiatif untuk kita menyambung zuriat...okay! Eli baru tahu..haha, tak pernah kisah pn pasal nk preggy sebelum ni.. dengan baik hati nya, Eli terus bagitahu Mr. F... then, beliau membeli kan nya pada hari tu jugak.. huh! EXCITED cik abg sorang ni!....hehe... duduk2 xde kerja, Eli search lagi kat GOOGLE pasal kepentingan Acid Folic ni.. Jom baca :
Kepentingan Asid Folik Sebelum dan Semasa Mengandung
Apa itu ASID FOLIK?
-Asid
Folik adalah vitamin B9 yang sangat penting kepada wanita sebagai persediaan
untuk mengandung.
-Ia
juga penting untuk membentuk saraf tunjang bayi yang lebih sempurna pada
peringkat awal mengandung.
Mengapa ia PENTING?
1)
Mengurangkan kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti: Gangguan pada
pembentukan saraf tunjang (spinal bifida)
Bayi
yang dilahirkan dengan pembentukan otak dan tempurung kepala yang tidak sempurna
atau langsung tak terbentuk ( anecephaly/encephalocele).
2)
Mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah
(anemia).
3)
Mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi:
-Sumbing
lelangit (cleft palate)
-Kecacatan
pada jantung (congenital heart disease)
-Pembentukan
kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction)
-Kecacatan
pada sistem pembuangan air kencing (urinary system)
4)
Menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah.
Bila
ASID FOLIK perlu diambil?
-Sekurang-kurangnya
3-6 bulan sebelum mengandung. Semasa mengandung kerana dalam usia kehamilan 12
minggu pertama perkembangan otak dan sistem saraf bayi dalam rahim berkembang
dengan cepat. Apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua iaitu berusia
melebihi 13 minggu pengambilan folik asid boleh di hentikan. Tetapi digalakkan
mengambil asid folik sehingga kelahiran bayi.
SIAPA
yang memerlukan ASID FOLIK?
-Semua
wanita yang berumur 14-44 tahun terutama wanita yang merancang untung
mengandung.
-Ibu
yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan saraf tunjang
-Merawat
kesuburan pada lelaki
SUMBER
MAKANAN yang mengandungi ASID FOLIK
-Hati
ayam
-Daging,
ayam, telur
-Kekacang
-Beras
perang, barli, oat
-Sayuran
hijau, Buah dan sayur warna kuning seperti pisang, buah oren, jagung, labu dan
lain-lain
that's all~
|Eli|
